Apesal ek kitorang buat website ni?
Jawapannya mudah. Senang giler!
Kami sendiri masih cari jodoh untuk diri sendiri. Kami jugak yakin ramai lagi orang kat luar sana yang belom kahwin lagi.
Jadi kami harap dengan adanya laman web TemanHidupku.com ini, dapatlah kiranya membantu komuniti bujang di kalangan orang Muslim untuk mencari jodoh pasangannya. Kami yakin apabila laman web ini dilengkapi dengan ujian personaliti, ini akan dapat membantu para pengguna laman web ini untuk berkomunikasi lebih baik dan juga menilai bakal pasangan mereka melalui personaliti. Bukan sekadar pada paras rupa sahaja.
Kami mohon pada para pelawat laman web ini agar dapat menghebahkan tentang kewujudan laman web ini kepada komuniti masing-masing. Kami juga mohon agar para pengguna dapat memelihara tata tertib dalam perhubungan di laman web ini.
Segala cadangan tentang penambahbaikan dapat diajukan kepada email address pengarah.urusan@temanhidupku.com untuk tindakan lanjut. Doakan kami untuk terus berbuat kebaikan, dan kami harap kami dapat membantu tuan-tuan dan cik-cik untuk beroleh lebih sekadar teman hidup di dunia, tetapi teman hidup hingga ke pintu syurga.
Terima kasih.